
Ibu ..
Seorang insan yang telah banyak berkorban untuk suami dan anak .
Seorang insan yang mulia .
Anugerah Ilahi untuk semua hambanya .
Ibu..
Kasih sayangnya tidak ternilai .
Mulia hatinya hanya Tuhan yang tahu .
Sungguh banyak pengorbananmu .
Tidak terbalas dengan wang ringgit .
Ibu ..
Tiada 2 mahupun 3 .
Hanya dia yang satu .
Melahirkan kita , menyusukan kita dengan susu badannya , menjaga kita , mendidik kita supaya menjadi anak yang soleh mahupun solehah .
Kasih sayangnya tidak boleh dijual beli .
Tapi ..
Kadang kadang , ibu juga banyak mengecewakan anak anak .
Ibu ..
Seandainya engkau mengerti perasaan ku ini , pasti engkau turut merasakan apa
yang aku rasa di hari hari ku .
Pahit getirnya , hanya Tuhan yang tahu .
Sesungguhnya ibu ..
Aku amat menyayangimu .
Kadangkala , aku merasakan diriku seperti disisihkan dari keluarga .
Ibu terlalu menyebelahi abang .
Apa saja yang diperkatakan , semua akan dituruti .
Tetapi aku , hanya menahan segala kata kata pahit .
Ibu ..
Kau selalu memarahi aku kerana sering tidak cukup tidur .
Adakah engkau tahu apakah puncanya yang membuatkan aku susah untuk tidur ?
Ibu , hanya disini aku dapat meluahkan apa yang aku rasa .
Bagiku , aku seperti sudah hilang tempat bermanja , berkongsi cerita .
Kerana acapkali diriku di ketepikan .
Ibu ..
Disini aku ingin memberitahu mu ..
Beginilah aku pada setiap malam .
Menangis , berdoa , dan sering membayangkan wajah sugul mu ibu .
Sayunya hatiku apabila mengenangkan semua yang sering berlaku atas diriku .
Titisan airmata ini , sering mengalir apabila mengenangkan mu .
Segala apa yang aku lakukan , pasti ianya salah bagimu .
Kenapa ibu ?
apabila kau marah , aku sering bertanya sendiri .
Siapakah aku dalam keluarga ini ?
Mengapa ibu tidak pernah memarahi abang seperti mana yang aku kena ?
Kenapa ibu ?
Kenapa ?
Ibu , anakmu ini terlalu sayangkanmu .
anakmu ini sangat memerlukanmu pada setiap masa .
anakmu ini sangat rindu akan belaian mu ibu .
Mengertilah ibu .
Hanya aku seorang permaisuri dalam keluarga ini .
Mengapa aku yang selalu diabaikan ?
Disaat ini , ingin saja aku memeluk dan mencium mu .
Tapi aku takut .
Ampunkan aku ibu .
Ampunkan aku kerana merahsiakan apa yang aku rasa selama ini .
Mengertilah , anak mu ini sangat menyayangimu ibu .
- anakmu ibu
-diela-






No comments:
Post a Comment