
Eh apahal tersenyum-2 ni ?
Haha , okay tipu ah kalau cakap kau takpernah senyum kan kan ?
Tak semua orang yang senyum tuu dia betul-2 ikhlas .
Ada orang yang senyum hanya untuk menutup kesedihan yang dia hadapi .
Tak semua orang boleh faham kita .
Dalam dunia ni tak ada siapa yang perfect aite ?
Tapi kadang-2 , hidup ni kita kena korbankan perasaan kita sendiri demi kebahagiaan orang lain .
Memang terlalu susah nak jumpa orang yang boleh faham kita sepenuhnya .
Tapi kita kenalah cuba ikut rentak orang lain .
Jangan ego , jangan menyombong .
Hidup menyombong pun nak pergi mana kan ?
Mungkin orang yang hidup menyombong tu Allah belum nak tunjuk lagi balasan dia kan ?
Yaaaa , hidup ni ada pasang surutnya .
Ada orang , berpuluh tahun dia hidup dalam sengsara .
Tapi sampai satu masa , hidup dia bahagia .
Dan ada orang , hidup dia terlalu bahagia . Sampai dia jadi sombong dgn org lain .
Tapi bila tiba masanya , hidup dia lebih susah berbanding orang lain .
Sekarang , aku hanya mampu tersenyum dengan segala tohmahan yang dilemparkan .
Aku tak mampu nak melawan , aku tak mampu nak balas segalanya .
Biarlah Allah SWT yang uruskan semua tuu .
Aku dah tak kisah apa orang nak kata , mulut orang siapa boleh tutupkan ?
Kalau dapat dikepalkan ais kepal sumbat dlm mulut dia takpe juga .
Mereka merasakan hidup mereka terlalu sempurna sampai sanggup menghina , memfitnah kaum sendiri .
Sudah menjadi lumrah hidup , aku hanya mampu bersabar .
Pekakkan telinga, tutup mulut .
Sebab aku tahu Allah SWT sentiasa dgr keluhan hambaNya kan .
Semoga semuanya akan jadi lebih baik satu hari nanti .
Itu yang aku harapkan .







No comments:
Post a Comment